(Hiasan) Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan cuba menculik seorang kanak-kanak tujuh tahun. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Budak lelaki tanpa identiti keluarga kandung dianugerah warganegara

SHAH ALAM, 12 FEB: Sebuah keluarga hari ini gembira apabila permohonan taraf warganegara anak angkat lelaki mereka diluluskan kerajaan selepas lima tahun menunggu.

Keluarga berkenaan telah membawa kes tersebut ke mahkamah dan hari ini sepatutnya didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Nordin Hassan, lapor Malay Mail.

Bagaimanapun, peguam kepada keluarga itu, Annou Xavier berkata, sebelum prosiding bermula, pihaknya dihubungi Pejabat Peguam Negara yang memaklumkan permohonan kewarganegaraan remaja lelaki itu telah diluluskan.

“Kami berterima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri kerana menjadikan remaja berusia 14 tahun itu sebahagian daripada keluarga besar Malaysia,” kata Annou di pekarangan mahkamah hari ini.

Katanya, remaja lelaki itu dilahirkan di sebuah klinik di Selangor tanpa diketahui identiti ibu dan bapa kandungnya.

“Disebabkan tiada identiti, surat beranak remaja itu diklafikasi sebagai bukan warganegara,” katanya.

Anak itu kemudian diangkat secara sah oleh sepasang suami isteri melalui perintah mahkamah pada 2012 sebelum keluarga itu kemudian berusaha mendapatkan taraf warganegara kepada anak angkat mereka.

 


Pengarang :