Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman dengan tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Hulu Kelang di tapak bazar Ramadan MPAJ pada 28 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MB sertai 2,000 pengunjung ke rumah terbuka Aidilfitri Hulu Kelang

AMPANG, 28 APRIL: Kira-kira 2,000 pengunjung pelbagai kaum memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang 2024 di sini hari ini.

Bermula seawal 11 pagi di tapak bazar Ramadan MPAJ, majlis diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Program anjuran Pejabat Penyelaras DUN dan ahli majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) turut hadiri penyelaras DUN Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli dan Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan duit raya kepada tetamu cilik pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Hulu Kelang di tapak bazar Ramadan MPAJ pada 28 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Amirudin meluangkan masa beramah mesra dengan pengunjung, memenuhi permintaan mereka bergambar bersama selain menyampaikan duit raya kepada kira-kira 100 kanak-kanak.

Sebanyak 10 gerai menghidangkan pelbagai juadah antaranya cendol, murtabak, lemang, rendang, sate, apam balik, aiskrim, buah-buahan dan air balang disediakan untuk pengunjung.

 


Pengarang :