Seorang lelaki menjual topeng muka di Kuala Lumpur pada 13 Februari 2020 sebagai langkah berjaga-jaga susulan penularan wabak koronavirus 2019. Foto AFP
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Dakwaan palsu lima kes positif di Hospital Klang

KUALA LUMPUR, 15 FEB: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan terdapat lima kes positif Covid-19 di Hospital Klang, Selangor berikutan video yang tular di media sosial semalam.

KKM melalui Facebook rasminya memaklumkan video berkenaan merupakan tatacara operasi piawai (SOP) dalam mengesan kontak rapat.

“Tular video dengan dakwaan ada lima kes positif di Hospital Klang adalah tidak benar. Jangan berkongsi atau menyebarkan berita palsu ini,” menurut catatan itu.

Semalam tular video berdurasi lima saat di media sosial yang mendakwa terdapat lima kes positif Covid-19 di Hospital Klang.

-BERNAMA


Pengarang :