Stadium Shah Alam yang menjadi ikon Selangor perlu menjalani proses baik pulih secara menyeluruh. Foto ARKIB SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO mohon dana Persekutuan baiki Stadium Shah Alam

HULU SELANGOR, 11 FEB: Kerajaan Negeri memohon peruntukan khas Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi membaik pulih infrastruktur Stadium Shah Alam, kata EXCO sukan.

Mohd Khairuddin Othman berkata, ia bagi memastikan stadium tersebut selamat dan selesa digunakan, selain sebagai persediaan untuk menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma) pada 2022.

EXCO Kerajaan Negeri, Khairuddin Othman ketika ditemui media selepas upacara pelepasan Petronas Le Tour De Langkawi 2020 di Kuala Kubu Bharu pada 11 Februari 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Namun kita sudahpun ada peruntukan awal RM20 juta untuk membaiki bumbung stadium yang rosak.

“Kita memahami kebimbangan pihak tertentu berhubung isu tersebut tetapi kita cuba selesaikan sebaik mungkin,” katanya selepas menyempurnakan pelepasan Petronas Le Tour De Langkawi (LTdL) 2020 di sini hari ini.

Stadium Shah Alam bernilai RM480 berdepan masalah kerosakan bumbung yang mengancam keselamatan penonton.

Sabtu lalu, Liga Bolasepak Malaysia (MLF) memberi kenyataan   kemungkinan stadium berkenaan tidak akan menjadi venue untuk Liga Malaysia  2020 beraksi  pada musim ini.


Pengarang :