Rodziah Ismail. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Pihak berkuasa diarah tegas selesai isu tapak kitar semula

SHAH ALAM, 14 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Petaling diarah mengambil tindakan bersepadu terhadap kawasan tapak kitar semula di Seksyen 20 di sini.

Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Rodziah Ismail yang menerima aduan penduduk berkata kawasan yang tidak diketahui pemiliknya mengundang pembiakan Aedes dan anjing liar.

“Selain isu sampah, saya dimaklumkan kawasan itu turut dijadikan tempat parkir bas dan laluan lori keluar masuk sehingga mengganggu keselamatan penduduk.

“Justeru, saya berharap MBSA dan PDT Petaling segera menyelesaikan isu yang akan mencemarkan lagi kawasan tersebut jika tidak ditangani,” katanya yang menegaskan pihak yang didapati bersalah perlu dikenakan tindakan lebih tegas.


Pengarang :