Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Muktamar Majlis Ayahanda 2020 di Yayasan Restu, Kompleks Kesenian Islam Antarabangsa Shah Alam pada 16 Februari 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI.
BERITA UTAMASELANGOR

Selangor tidak pinggirkan masyarakat Melayu luar bandar – MB

SHAH ALAM, 16 FEB: Kerajaan Negeri tidak sesekali meminggirkan kepentingan masyarakat Melayu luar bandar dalam agenda pembangunan selaras aspirasi Selangor Maju Bersama, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kelompok yang kebanyakannya bekerja sebagai petani dan peniaga wajar mendapat keistimewaan seperti penduduk di bandar.

“Saya sering mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan beliau menyebut cita-cita untuk melihat orang Melayu hidup aman, makmur dan membangun.

“Oleh sebab itu, kita tidak boleh membiarkan mereka tertinggal di kawasan pedalaman. Kalau boleh kita mahu lihat petani dan peniaga luar bandar turut menikmati kemudahan infrastruktur yang pesat,” katanya pada Muktamar Majlis Ayahanda 2020 di Yayasan Restu, Kompleks Kesenian Islam Antarabangsa di sini hari ini.


Pengarang :