Pengerusi Selcat, Ng Sue Lim memberi penerangan kepada media pada sidang akhbar Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor di SUK Selangor, Shah Alam pada 12 Februari 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Selcat nilai prestasi PBT 20 Februari ini

SHAH ALAM, 12 FEB: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) akan bersidang 20 Febuari ini bagi menilai prestasi pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Pengerusinya, Ng Suee Lim berkata seramai 17 saksi akan dipanggil memberi keterangan di Bilik Gerakan di Dewan Annex, SUK.

“Antara saksi ialah EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han, Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing R Rishyakaran, ADN Jeram Mohd Shaid Rosli dan ADN Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri.

“Saksi lain membabitkan datuk bandar, yang dipertua, ahli majlis dan wakil persatuan penduduk,” katanya di Dewan Annex hari ini.

Suee Lim berkata, perkara yang bakal dibangkitkan pada sesi itu ialah berkaitan isu sampah dan sistem penyampaian selain langkah memperkasakan lagi PBT.

Selcat dianggotai ADN Bukit Lanjan Elizabeth Wong, ADN Hulu Kelang Saari Sungib, ADN Banting Lau Weng San, ADN Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin, ADN Sungai Air Tawar Rizam Ismail dan ADN Sijangkang Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.


Pengarang :