Presiden Matta, Datuk Tan Kok Liang. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Industri hotel Malaysia rugi RM40 juta

SHAH ALAM, 12 FEB: Wabak koronavirus atau nama rasminya Covid-19 menyebabkan industri hotel di negara ini menanggung kerugian RM40 juta setakat ini.

Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Datuk Tan Kok Liang mengesahkan sebanyak 95,000 tempahan hotel dibatalkan sejak wabak tersebut, lapor Sinar Harian.

Majoriti pembatalan tempahan itu membabitkan pelancong China.

Wabak koronavirus telah menjangkiti lebih 43,000 orang dan mengorbankan lebih 1,000 nyawa setakat ini.

Reuters melaporkan, penasihat kerajaan China berhubung Covid-19, Zhong Nanshan berkata jumlah kes baharu berkurang di beberapa wilayah dan meramalkan wabak itu akan berakhir pada April ini.


Pengarang :