Dato’ Seri Amirudin Shari menerima cenderamata buku soal jawab solat hasil penulisan Ustaz Abdul Somad selepas Kuliah Perdana Bersama Ustaz Abdul Somad dan Habib Ali Zaenal Abidin di Stadium Malawati, Shah Alam pada 4 Februari 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Ustaz Abdul Somad puji pengurusan sistematik masjid di Selangor

SHAH ALAM, 5 FEB: Pendakwah tersohor dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad memuji pengurusan masjid di Selangor yang sistematik ketika menyampaikan ceramah di Stadium Malawati, malam tadi.

Beliau teruja melihat jadual tazkirah dan kuliah yang tertib untuk memudahkan orang ramai menghadiri program keagamaan.

“Ceramah masjid di sini sudah ditulis siap-siap seperti siapa penceramah, tajuk dan tarikhnya. Malah, tazkirahnya bermula selepas Maghrib berbanding di Indonesia pada jam 9 atau 10 malam,” katanya pada Kuliah Perdana anjuran Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong di sini.

Program kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan ribuan hadirin sejak 7 petang.

Kuliah itu turut menampilkan seorang lagi pendakwah terkenal kelahiran Indonesia Habib Ali Zaenal Abidin yang menyampaikan tausiyah khas ‘Menanti Syafaat Nabi’.

Ribuan hadirin yang menghadiri Kuliah Perdana Bersama Ustaz Abdul Somad dan Habib Ali Zaenal Abidin di Stadium Melawati, Shah Alam pada 4 Februari 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Pengarang :