Md Ariffin Jaafar (kiri) menyerahkan sumbangan kepada mangsa ribut di Jalan Kebun. Foto Yide
AGENSISELANGOR

Yide bantu mangsa ribut Jalan Kebun

SHAH ALAM, 15 FEB: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menghulurkan sumbangan kepada tujuh keluarga yang ditimpa bencana ribut di Jalan Kebun baru-baru ini, kata pengurus operasinya.

Md Ariffin Jaafar berkata keadaan ribut luar biasa menyebabkan rumah penduduk rosak dan bumbung diterbangkan angin.

“Sumbangan kecemasan bertepatan dengan salah satu fokus utama Yide iaitu membantu mangsa yang ditimpa musibah serta malapetaka.

“Kami turut membuka ruang kepada orang ramai untuk menghubungi talian hotline Yide (0177569476) sekiranya berlaku musibah di kawasan masing-masing,” katanya.

Turut sama dalam kunjungan berkenaan ialah Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Ketua Kampung Batu 7 Jalan Kebun Mohd Khairuizam Mohd Tawil.


Pengarang :