ADN SELANGOR

DUN Dusun Tua sedia talian mohon bantuan untuk anak kecil

SHAH ALAM, 29 MAC: Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua memperuntukkan RM10,000 bagi memberi bantuan seperti susu dan lampin pakai buang bayi kepada golongan sasar ke 17 kampung.

Ahli Dewan Negerinya, Edry Faizal Eddy Yusof berkata ramai ibu bapa yang mempunyai tanggungan anak kecil berdepan masalah mendapatkan barang tersebut ekoran Perintah Kawalan Pergerakan.

“Dalam keadaan terdesak ketika ini, mereka bukan sahaja terputus bekalan makanan asas harian tetapi ada yang memerlukan susu bayi dan lampin.

“Malah, terdapat kaum ibu yang sarat mengandung dan menunggu masa untuk bersalin belum buat persediaan membeli barangan keperluan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pihaknya mengenal pasti masalah itu ketika mengagihkan sumbangan program Bank Makanan Bergerak kepada penduduk di sekitar daerah terbabit Isnin lalu.

Susulan itu, katanya, sebuah jawatankuasa khas dibentuk bagi menguruskan dana termasuk pengagihan susu dan lampin pakai buang bayi ke seluruh kawasan terlibat melalui ketua-ketua kampung.

“Kita tidak buat agihan secara rambang sebaliknya individu yang benar-benar memerlukan bantuan boleh menghubungi ketua kampung mereka dan saya berharap ia digunakan sebaik mungkin,” katanya.

Berikut senarai kampung dan nombor telefon bagi memohon bantuan:

1) Kg Bt 14 – Tok Zam (019-3458489)
2) Kg Bt 13 – Pejabat Dun Dusun Tua (011-39907398)
3) Kg Dusun Nanding – Tok Yusof (017-2028084)
4) Kg Sg Serai – Pejabat Dun Dusun Tua (011-39907398)
5) Kg Bkt Raya – Tok Daus (018-9578134)
6) Kg Melaka – Tok Musran (011-10646410)
7) Kg Raya – Tok Norlisman (012-3443567)
8) Kg Bt 10 – Tok Napiah (017-3711006)
9) Kg Lui 23 -Tok Ajak (013-8739343)
10) Kg Lui 21 – Tok Ramdan (019-6066431)
11) Kg Perdik – Tok Adnan (017-6876832)
12) Kg Lubuk Kelubi – Tok Ali (017-2274305)
13) Kg Pangsun – Tok Ujang (019-3768670)
14) Kg Bt 18 – Tok Ayeh (016-2890021)
15) Kg Bt 17 – Tok Aziz (012-3376697)
16) Kg Bt 16 – Tok Dapi (012-6805765)
17) Kg Sg Tekali – Tok Amran (013-2590930)

 


Pengarang :