Kerja-kerja pembersihan dan nyahkuman di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur sedang dilaksanakan secara besar-besaran. Foto Facebook Dr Noor Hisham Abdullah
AGENDANASIONAL

Masjid Sri Petaling dinyahkuman secara besar-besaran – KP Kesihatan

SHAH ALAM, 28 MAC: Kerja-kerja pembersihan dan nyahkuman di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur sedang dilaksanakan secara besar-besaran, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 100 kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Alam Flora sedang bertugas di kawasan terbabit.

“Mereka dibekalkan alatan khas khusus untuk kerja pembersihan atas arahan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 23 Mac lalu, kawasan di sekitar Masjid Sri Petaling diklasifikasi sebagai zon merah wabak Covid-19 selepas lebih 40 orang dijangkiti Covid-19.

Sehingga semalam, jumlah kematian akibat wabak itu meningkat kepada 26 orang dengan 130 kes baharu manakala angka keseluruhan dijangkiti 2,161 kes.

Seramai 54 orang masih dirawat di unit rawatan rapi, sementara 259 pesakit sudah sembuh dan dibenarkan pulang.


Pengarang :