Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 17 Mac 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB: Sedia bawa pulang pelajar Selangor dari Sabah, Sarawak

SHAH ALAM, 17 MAC: Anak Selangor yang menuntut di institusi pengajian tinggi di Sabah dan Sarawak akan dibawa pulang ke Semenanjung sekiranya ada keperluan, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkara itu sudah dibincangkan dengan syarikat penerbangan.

“Saya baru berhubung dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan turut menyampaikan rasa prihatin kepada pelajar Selangor yang menuntut di universiti di Malaysia Timur.

“Keputusan bergantung kepada maklumat akhir. Menurut arahan ditetapkan KPT, pelajar harus mengosongkan kampus,” katanya dalam perutusan khas mengenai Covid-19 di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Amirudin mengadakan mesyuarat bersama EXCO Kerajaan Negeri susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam tadi berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok hingga 31 Mac ekoran penularan Covid-19.


Pengarang :