Petugas Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menggunakan lori tangki bagi menjalankan proses semburan nyah kuman di Pangsapuri Taman Dato Ahmad Razali, Ampang pada 29 Mac 2020 sebagai langkah mencegah penularan Covid-19. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MDKS, MPAJ nyahkuman kawasan tumpuan awam

SHAH ALAM, 31 MAC: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) melakukan semburan nyahkuman di lima pasar awam bermula 25 Mac lalu bagi mengekang jangkitan wabak itu di kawasan orang ramai.

Yang Dipertuanya Rahilah Rahmat berkata pasar awam terbabit ialah Sungai Buloh, Ijok, Bestari Jaya, Tanjong Karang dan Pasir Penambang.

“Anggota MDKS akan berpakaian khas dan melakukan semburan selama empat jam bermula 4 petang hingga 8 malam.

“Semua pasar basah disembur secara berjadual bagi memastikan kawasan itu bersih dan selamat,” katanya kepada SelangorKini.

Langkah sama diambil Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang memberi tumpuan di kawasan komersial dan awam seperti pasaraya, premis perniagaan, Town Park, Padang Perbandaran MPAJ termasuk pusat beli belah Ampang Point.

“Untuk semalam pula, kita fokus melakukan semburan di kawasan Keramat AU1 hingga AU5, Pandan Jaya.

“Selain itu, kita juga memberi bantuan logistik bagi membantu proses sekatan jalan raya di empat lokasi iaitu Jalan Cheras Indah, Jalan Ampang (Tiara), Jalan Hulu Kelang (Melawati) dan Jalan Klang Gate,” kata MPAJ dalam kenyataan di Facebook.


Pengarang :