Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Ahli Dewan Negeri pada sidang media di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar di Shah Alam padaa 5 Mac 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sokongan terhadap Amirudin kukuh

SHAH ALAM, 5 MAC: Kehadiran sebahagian besar Ahli Dewan Negeri (ADN) Pakatan Harapan (Pakatan) Selangor mencerminkan sokongan kukuh terhadap Dato’ Seri Amirudin Shari untuk kekal menerajui pentadbiran.

Dato’ Menteri Besar berkata komposisi terbaharu menunjukkan 43 ADN menyokong Kerajaan, sekali gus menolak dakwaan membabitkan isu kempimpinan.

“Saya kira selepas krisis yang panjang, hal ini sewajarnya dielakkan dan pastinya hari ini majoriti ADN bersama saya serta barisan kepimpinan (Pakatan) negeri.

“Sewajarnya kita insaf dan muhasabah dengan apa yang berlaku di federal (persekutuan). Mengapa kita boleh selesaikan masalah di Selangor dalam tempoh 24 jam kerana kesepakatan yang jitu dalam kalangan pimpinan Pakatan,” katanya dalam sidang media di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau membacakan kenyataan bersama pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim dan Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo.

Amirudin turut mengulangi komitmen kekal bersama KEADILAN dan tidak bersama mereka yang sudah dipecat walaupun sering dikaitkan sebelum ini.


Pengarang :