Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao (tengah) pada hari penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu pada 27 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PRK DUN Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru

HULU SELANGOR, 27 APRIL: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Kerajaan Perpaduan, Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon bebas.

Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan dicabar calon PN Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainudin dari PRM serta calon bebas, Nyau Ke Xin.

Pengumuman empat calon itu dilakukan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kuala Kubu Baharu, Yuhanas Auree Kamarudin di perkarangan Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini, hari ini.

Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao (tengah) diiringi Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu pada 27 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Terdahulu, borang penamaan bagi seorang calon bebas, Chng Boon Lai ditolak berikutan tidak memenuhi kriteria ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR sebelum ini menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, hari pengundian awal pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

PRK Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian Lee Kee Hiong akibat barah pada 21 Mac lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan calon PN Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

Mendiang kali pertama mewakili kawasan itu pada 2013 apabila menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi.

Pengarang :