AGENDANASIONAL

PRK KKB: SPRM lancar bilik gerakan, mudahkan orang ramai salur aduan

HULU SELANGOR, 27 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan bilik gerakan SPRM bagi PRK berkenaan yang ditempatkan di SPRM Negeri Selangor, di Shah Alam, beroperasi 24 jam bermula hari ini sehingga 11 Mei.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui e-mel [email protected] atau menghubungi talian 03-5528318 atau 03- 55256500,” menurut kenyataan itu.

SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya, selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

– BERNAMA


Pengarang :