Pekerja dari perkhidmatan pembasmian kuman membersihkan kereta api di Seoul, Korea Selatan sebagai sebahagian langkah pencegahan terhadap penyebaran Covid-19 pada 4 Mac 2020. Foto AFP
AGENDABERITA UTAMAGLOBAL

WHO: Covid-19 bukan latihan, korban 3,385 nyawa di seluruh dunia

SHAH ALAM, 6 MAC: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini memberi amaran terlalu banyak negara tidak serius memerangi penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan.

“Terlalu banyak negara yang tidak menunjukkan komitmen untuk menangani ancaman yang sedang dihadapi. Ini bukan latihan,” kata Ketua Pengarahnya Tedros Adhanom Ghebreyesus, lapor The Straits Times.

Katanya, kebanyakan kematian dan jangkitan wabak yang berpunca dari Wuhan, China sejak Disember tahun lalu merebak dengan pantas di luar sempadan negara itu.

“Wabak ini adalah ancaman bagi setiap negara baik kaya mahupun miskin,” kata Tedros lagi.

Angka korban susulan Covid-19 meningkat kepada 3,385 orang di seluruh dunia dengan 98,420 kes disahkan positif setakat ini.

Suruhanjaya Kesihatan China mengesahkan jumlah kematian akibat wabak di republik berkenaan ialah 3,042 orang dengan 80,552 kes disahkan positif jangkitan.

Korea Selatan mengesahkan 6,284 kes lagi hari ini dengan 42 kematian setakat ini.


Pengarang :