Selangorkini
Ketua Pegawai Hal Ehwal Kebajikan YIDE, Muhammad Zubair Azizan mengedarkan cecair pembasmi kuman kepada penghuni di Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim pada 17 Mac 2020. Foto Facebook Yide
AGENSI SELANGOR

Yide edar cecair pembasmi kuman kepada anak yatim

ccsb-ads

SHAH ALAM, 19 MAC: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) mengedarkan 25 botol cecair pembasmi kuman kepada penghuni Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim seliaannya kelmarin.

Ketua Pegawai Hal Ehwal Kebajikannya, Muhammad Zubair Azizan berkata langkah itu diambil susulan kebimbangan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di seluruh negara ketika ini.

“Ini merupakan langkah awal bagi membendung penularan wabak Covid-19 di antara kanak-kanak yang mudah terdedah dengan risiko jangkitan.

“Malah, kunjungan kita ke sini selaras dengan usaha murni untuk memastikan kebajikan dan perlindungan anak-anak yatim sentiasa terpelihara dan terjaga,” katanya dalam kenyataan.


Pengarang :