PBTSELANGOR

Bazar Ramadan batal, MPK pulangkan wang peniaga

OLEH WAN FAIZAL ISMAYATIM

SHAH ALAM, 8 APRIL: Peniaga yang telah menjelaskan bayaran bagi permit bazar Ramadan kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) boleh memohon pemulangan semula wang tersebut yang sudah dibuka sejak semalam.

MPK menerusi kenyataan berkata, ia susulan pembatalan bazar Ramadan tahun ini ekoran penularan wabak Covid-19.

“Semua peniaga bazar Ramadan yang telah mengemukakan permohonan pemulangan wang, diminta menghubungi Majlis Perbandaran Klang dengan memberikan nombor akaun bank untuk tujuan pemulangan,” katanya.

Pemohon boleh menghubungi talian 03-337 5555 sambungan 6800 antara jam 9 pagi hingga 4 petang.

Pada 1 April lalu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri membuat keputusan membatalkan bazar Ramadan di seluruh Selangor kerana kebimbangan wabak Covid-19.


Pengarang :