Dr Siti Sarah Wahidah Wahid menunjukkan tiub ujian Covid-19 yang digunakan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Seksyen 20, Shah Alam pada 6 April 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 131 kes baharu, satu meninggal dunia

SHAH ALAM, 6 APRIL: Satu lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut seramai 62 orang, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 131 kes baharu dicatat,, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,793.

“Seramai 102 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 54 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata seramai 236 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital, jumlah paling tinggi setakat ini.

Bilangan terkumpul pesakit yang pulih adalah 1,241 orang.

Berikut butiran kematian pesakit Covid-19 yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia:

1. Kes kematian ke-62 (kes ke-3663) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan beberapa kes indeks positif COVID-19 daripada perhimpunan di Seri Petaling (iaitu kes ke-1265, kes ke-1266, kes ke-1267, kes ke-1404 dan kes ke-2549).  Beliau dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 5 April 2020 jam 10.22 pagi


Pengarang :