Kakitangan Kementerian Kesihatan menyimpan sampel saringan ketika tinjauan pada 2 April 2020 berikutan beberapa penghuni di Flat PKNS Kampung Baru, Kuala Lumpur dijangkiti Covid-19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: Selangor catat 40 kes baharu, turun berbanding semalam

SHAH ALAM, 9 APRIL: Bilangan pesakit baharu Covid-19 di Selangor menurun kepada 40 orang berbanding 58 kes positif yang direkodkan semalam.

Mengikut data Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) sehingga jam 12 tengah hari tadi, penurunan kes berkenaan menjadikan jumlah terkumpul pesakit di negeri itu sebanyak 1,118.

“Corak kes baharu berbanding semalam menurun, bacaan kes baharu bertambah baik hari ini.

“Kes sembuh juga lebih tinggi daripada kes baharu! Terus patuh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), kita mesti menang,” tulis STFC di Twitter.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, Malaysia merekodkan sebanyak 4,228 kes positif Covid-19 dengan 67 kematian.

Sebanyak 109 kes baharu turut dilaporkan dengan 72 daripadanya berada dalam unit rawatan rapi (ICU) manakala 43 pesakit lagi memerlukan bantuan pernafasan.

 


Pengarang :