Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan saringan ke atas seorang penghuni Malayan Mansion berikutan kes Covid-19 di bangunan berkenaan pada 8 April 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Denda RM10,000 jika tidak mahu kerjasama dengan pihak berkuasa

SHAH ALAM, 11 APRIL: Individu yang tidak mahu berkerjasama dengan pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditangkap, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri kanan (kluster keselamatan) berkata ia tidak hanya bagi yang ingkar arahan pegawai kesihatan atau polis tetapi termasuk doktor dan jururawat.

“Mesyuarat hari ini memutuskan bahawa tindakan tegas akan diambil kepada mereka iaitu di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

“Kesalahan mereka boleh dihukum penjara maksimum dua tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.


Pengarang :