AGENDASUKANKINI

FAM cari jalan sambung semula aksi Liga-M

SHAH ALAM, 25 APRIL: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengemukakan permohonan rasmi kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyambung semula aksi Liga Malaysia mengikut tatacara operasi piawai (SOP) yang ditetapkan, kata setiausaha agungnya.

Stuart Ramalingam berkata permohonan melalui Kementerian Belia dan Sukan itu dibuat selepas mesyuarat dengan menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan, lapor Sinar Harian.

“Apa juga arahan atau sekatan daripada KKM atau MKN, FAM terbuka sepenuhnya untuk menerimanya dan akan mematuhi segala arahan yang diberikan nanti walaupun ia membawa kepada pembatalan semua aktiviti bola sepak,” katanya.

Beliau berkata FAM juga sedang meneliti semua laporan dan dokumen membabitkan status perbincangan pasukan berhubung isu kewangan memandangkan aksi liga tempatan dihentikan sejak 16 Mac lalu susulan pandemik Covid-19.


Pengarang :