Pasukan petugas menyita premis peniagaan di sekitar Majlis Daerah Sabak Bernam yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan pada 26 Mac 2020. Foto ihsan Facebook MDSB
AGENDANASIONAL

Jawatankuasa khas bantu peniaga, pastikan kesihatan terjamin

SHAH ALAM, 2 APRIL: Jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mencari hala tuju dan prosedur operasi standard (SOP) baharu memastikan keseimbangan di antara jaminan kesihatan dan membantu peniaga berdepan Covid-19, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan memahami keresahan peniaga yang mengalami kerugian ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tetapi pada masa sama Covid-19 harus dihapuskan dan rakyat sihat, kerajaan perlu melihat keseimbangan di antara aspek kesihatan, keselamatan serta ekonomi.

“Ia dipengerusikan bersama oleh saya dan menteri kanan kluster ekonomi (Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali),” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Berhubung isu berasingan, Ismail Sabri berkata kerajaan belum membuat ketetapan berhubung bazar Ramadan dan segala kenyataan dikeluarkan pelbagai pihak antaranya Kementerian Wilayah Persekutuan adalah bersifat cadangan.

“Mesyuarat jawatankuasa khas menteri belum bincang lagi sebab masih terlalu awal,” katanya.


Pengarang :