Pemandangan udara di sekitar Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula tengah malam 30 Mac hingga 13 April 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

KKM: 11 kes baharu Covid-19 dikesan di Hulu Langat

SHAH ALAM, 7 APRIL: Terdapat pertambahan 11 kes Covid-19 dikesan di kawasan Hulu Langat, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah tersebut meningkat berbanding 350 kes positif sebelum ini.

“Di Sungai Lui kekal 90 kes dan bukan Sungai Lui 260 kes, pertambahan baru sebanyak 11 kes,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurutnya terdapat 1,728 individu di Hulu Langat sudah disaring bagi mengenal pasti tahap kesihatan mereka.

Hulu Langat dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 30 Mac lalu.


Pengarang :