Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2.0 di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar, Shah Alam pada 1 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MB: Beli barang mencukupi, minimum pergerakan

SHAH ALAM, 12 APRIL: Rakyat di negeri ini diminta meminimumkan pergerakan dalam membeli barangan keperluan terutama ketika penularan Covid-19 ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata orang ramai dinasihatkan melakukan pembelian yang cukup sekurang-kurangnya hingga empat hari dan tidak perlu keluar berulang kali.

“Tiap kali keluar membeli barang keperluan, pastikan ianya cukup untuk bekalan tiga hingga empat hari.

“Ini untuk memastikan anda meminimakan pergerakan keluar rumah bagi mengelakkan mendedahkan diri dengan jangkitan virus,” katanya menerusi hantaran di Twitter.

Kerajaan melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan fasa pertama bermula dari 18 hingga 31 Mac, fasa kedua (1 hingga 14 April) dan fasa ketiga (15 hingga 28 April).


Pengarang :