Pelajar Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Siti Nur Zulaikha Romzi 21 (kiri) bersama rakannya mengemas pakaian ketika membuat persiapan awal sebelum mendapat kebenaran pulang ke kampung halaman selepas tinggal di asrama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran Covid-19. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Pelajar akan disaring sebelum dibenarkan pulang

SHAH ALAM, 27 APRIL: Pusat Kesihatan Universiti di seluruh negara akan membuat saringan ke atas pelajar sebelum membenarkan mereka pulang ke kampung masing-masing.

Ketua pengarah kesihatan berkata keputusan tersebut disepakati Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mencegah penularan wabak Covid-19.

“Satu garis panduan dibangunkan merangkumi aspek kesihatan bagi pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman,” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

“PKU universiti masing-masing akan membuat saringan bagi pelajar sebelum dibenar meneruskan perjalanan.”

Beliau turut menasihatkan pelajar yang mendapat kebenaran pulang supaya sentiasa mengikuti langkah pencegahan yang disarankan KKM.

Langkah tersebut adalah mengamalkan jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter, kerap membasuh tangan serta memakai penutup mulut dan hidung.


Pengarang :