Dunia kini berubah ke arah pendigitalan dan peralihan masyarakat tanpa tunai. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDAEKONOMI

Usahawan PKS, industri tradisional dibantu ke arah digital

SHAH ALAM, 30 APRIL: Majlis Teknologi Informasi dan e-dagang Selangor (SITEC) akan membangunkan pusat digital bagi membantu usahawan kecil dan sederhana (PKS) serta industri tradisional melaksanakan pendigitalan perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yong Kai Ping berkata usaha turut mendapat kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan dijangka bermula Mei depan, lapor The Sun.

Katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan memberi kesan terhadap aktiviti komersial dan memaksa banyak syarikat untuk mendigitalkan perniagaan masing–masing, namun PKS dan industri tradisional menghadapi kesukaran untuk melaksanakannya.

“Oleh itu, pusat digital berkenaan akan membantu golongan terbabit mendigitalkan perniagaan melalui perundingan dan memberikan maklumat yang betul.

“Proses pendigitalan amat mudah, ia merangkumi medium untuk menjual barangan iaitu laman web, memahami tingkah laku pengguna dalam talian dan memahami corak penggunaan serta mengesan pesaing melalui data,” katanya.


Pengarang :