Petugas Selcare melakukan saringan Covid-19 pandu lalu di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7, Shah Alam pada 19 April 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Saringan perlu berterusan walau kes jangkitan turun

SHAH ALAM, 28 APRIL: Biarpun kes Covid-19 menurun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga, namun saringan perlu dijalankan secara berterusan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata langkah itu termasuk kuarantin bertujuan mengurangkan jumlah kes baharu dalam negara.

“Negara lain mungkin ada kes positif tetapi pesakit dibenarkan duduk di rumah. (Negara) kita tidak, semua yang positif dimasukkan ke hospital,” kata ketua pengarah kesihatan dalam sidang media hari ini.

“Ada kes yang belum positif, hanya disyaki pun kita tempatkan di pusat kuarantin. Tindakan ini membuahkan hasil.”

Beliau turut menyatakan, setakat hari ini seramai 152,142 individu disaring, dengan 3.85 peratus daripadanya positif.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata tiada kes pesakit pulih dijangkiti semula di Malaysia.


Pengarang :