Suasana di sekitar Klinik Desa Sungai Lui pada 6 April 2020 menyaksikan barisan hadapan terdiri daripada jururawat dan doktor giat mengambil sampel daripada penduduk bagi ujian saringan Covid-19. Foto BERNAMA
SELANGOR

Terus terang dengan petugas kesihatan, cegah Covid-19

SHAH ALAM, 7 APRIL: Masyarakat dinasihatkan berterus terang dalam memberi maklumat kepada petugas kesihatan sebelum mendapatkan rawatan di hospital atau klinik, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata cara itu mampu menyelamatkan nyawa sendiri dan orang sekeliling.

“Berterus terang ketika memberikan maklumat kepada petugas kesihatan. Anda mampu menyelamatkan nyawa anda dan nyawa orang lain,” tulisnya di Twitter hari ini.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) turut menyarankan hal sama kerana ia dapat membantu petugas kesihatan memberikan rawatan awal yang bersesuaian.

Orang ramai diminta jangan menyembunyikan maklumat jika sedang dalam kuarantin atau baru pulang dari luar negara.

Selain itu, orang ramai perlu memaklumkan sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga atau pernah mendekati sesiapa yang positif Covid-19 serta pernah menghadiri perhimpunan besar.


Pengarang :