Antara lokasi pemeriksaan aktiviti perniagaan di sekitar Klang pada 26April 2020. Foto ihsan MPK
PBTSELANGOR

Tiga penjaja, lima pemilik gerai diberi amaran, notis

SHAH ALAM, 27 APRIL: Majlis Perbandaran Klang (MPK) memberi amaran lisan dan notis kesalahan terhadap tiga penjaja serta lima pemilik gerai kerana berniaga di beberapa lokasi termasuk tapak bazar Ramadan sekitar daerah itu semalam.

MPK menerusi Facebook memaklumkan kesemua penjaja dan peniaga terbabit bukan sahaja tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malah berniaga tanpa lesen.

“Seorang penjaja menjual makanan (roti boom segera) dengan menggunakan sebuah kereta tanpa lesen di tapak Bazar Simpang Empat, Sungai Udang.

“Manakala, dua lagi penjaja dan lima gerai menjual makanan serta minuman tanpa lesen turut dikesan di kawasan Rantau Panjang, Jalan Keretapi lama, Sementa dan Kampung Sungai Serdang, Jalan Kapar,” katanya.

Pemeriksaan membabitkan jabatan pelesenan penjaja yang turut disertai jabatan kesihatan, jabatan kejuruteraan, jabatan penilaian, jabatan kewangan, jabatan perancang dan jabatan penguat kuasa MPK.

Sebanyak tujuh kumpulan diagihkan untuk membuat pemantauan di semua lokasi ditetapkan bagi memastikan pematuhan PKP.


Pengarang :