Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil sampel ketika menjalankan saringan Covid-19 terhadap peniaga di Pasar Besar Seremban pada 3 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

24,125 warga asing disaring, 1,132 positif Covid-19

SHAH ALAM, 10 MEI: Seramai 24,125 individu bukan warganegara sudah menjalani saringan Covid-19 dengan 1,132 daripanya didapati positif, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata 487 individu sedang dirawat dan tiga pesakit berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 641 sudah sembuh termasuk empat kematian.

“Saringan masih dijalankan dan kita berharap ujian tersebut akan terus dilaksanakan terutama di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak kira sama ada warganegara atau bukan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga sudah mengenal pasti seramai 2,900 individu warga tempatan dan asing di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya untuk melakukan ujian saringan tersebut.

“Sekiranya didapati positif, mereka akan diasingkan dan diberi rawatan tetapi jika negatif dan ada kaitan dengan kes positif, kita akan kuarantin selama 14 hari,” katanya.

Sebanyak 67 kes baharu dikesan hari ini dengan 49 kes membabitkan warga asing menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,656 kes.


Pengarang :