Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor 2024 di Pekan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 27 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Majlis rumah terbuka Kuala Kubu Bharu meriah, lebih 30,000 hadir

HULU SELANGOR, 27 APRIL: Lebih 30,000 pengunjung pelbagai kaum memeriahkan rumah terbuka negeri di pekan Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Bermula jam 8 sehingga 11 malam, program diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, barisan EXCO, wakil rakyat dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melayani kanak-kanak pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor 2024 di Pekan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 27 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Amirudin meluangkan masa beramah mesra dengan pengunjung dan memenuhi permintaan mereka yang mahu bergambar bersama.

Terdahulu, pengunjung dihiburkan dengan persembahan penyanyi terkenal Naim Daniel, Ella, Ernie Zakri, Aiman Tino, Sarah Suhairi dan tarian artis Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Orang ramai yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor 2024 di Pekan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 27 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Sebanyak 48 gerai menghidangkan pelbagai juadah antaranya kambing bakar, ayam golek, sate, roti jala, lemang, rendang, nasi lemak, apam balik, buah potong dan air balang.

Pengunjung juga berpeluang mengetahui pelbagai hebahan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang disediakan selain boleh dipohon segera.


Pengarang :