Notis penutupan digantung pada pintu masuk oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika tinjauan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam pada 21 MEI 2020. MBSA telah menampal notis dipintu masuk memaklumkan bahawa mulai 22 Mei 2020 tanah perkuburan ini akan ditutup bagi aktiviti ziarah buat sementara waktu bagi mengelakkan orang ramai datang beramai-ramai pada Hari Raya Aidilfitri nanti. FOTO: BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Tiga mukim di Selangor bertukar ke zon kuning

SHAH ALAM, 21 MEI: Tiga mukim di Selangor termasuk Sepang, Dengkil dan Hulu Kelang bertukar kepada zon kuning berikutan kes aktif Covid-19 yang bertambah di kawasan berkenaan.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi data perkongsian di Twitter memaklumkan semalam kesemua mukim berkenaan berjaya memasuki zon hijau setelah mencatatkan sifar wabak.

Namun status berkenaan berubah sehingga jam 12 tengah hari ini apabila Sepang merekodkan tiga kes aktif, sementara Dengkil dan Hulu Kelang masing-masing satu kes.

Kuala Langat pula terus mengekalkan zon hijau manakala Hulu Langat mempunyai kes aktif paling banyak iaitu 35 diikuti Petaling (22), Gombak (19), Hulu Selangor (11) dan Kuala Selangor (8).

Ia disusuli Klang dengan enam kes aktif, Sepang (5) dan Sabak Bernam (3).


Pengarang :