Sebahagian warga tempatan yang dikuarantin di Hotel Impiana, Kuala Lumpur pada 16 April 2020 melambaikan tangan tanda sokongan kepada barisan hadapan yang bertugas merawat jangkitan Covid-19. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Individu pulang dari luar negara dikena caj kuarantin hotel

SHAH ALAM, 20 MEI: Semua individu yang pulang dari luar negara akan dikenakan caj kuarantin hotel bermula 1 Jun ini, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat Majlis Keselamatan Negara (MKN) membabitkan rakyat Malaysia dan bukan warganegara berdasarkan kadar syiling RM150 sehari.

“Bagi warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara, mereka akan dikenakan caj 50 peratus daripada kadar penuh iaitu pada syiling RM150 sehari.

“Bukan warganegara Malaysia atau pemastautin tetap, mereka akan dikenakan caj hotel RM150 sehari,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata MKN turut mewajibkan semua individu yang ingin pulang ke Malaysia menandatangi surat setuju pembayaran pada kadar ditetapkan melalui pejabat Kedutaan Malaysia terdekat sebelum surat kelulusan dikeluarkan.

Ismail Sabri berkata Jabatan Imigresen Malaysia akan mengeluarkan arahan kepada semua syarikat penerbangan untuk memastikan surat kelulusan dijadikan syarat kepada semua penumpang memasuki Malaysia.


Pengarang :