AGENDANASIONAL

Kaunter JPN beroperasi secara janji temu mulai esok

PUTRAJAYA, 3 MEI: Operasi kaunter pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai esok adalah secara janji temu.

Menurut kenyataan JPN hari ini, hanya pelanggan yang mempunyai janji temu dibenarkan berurusan.

Untuk penetapan janji temu, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03-8880 7077 atau 03-8880 8076 atau e-mel ke [email protected].

Kata kenyataan itu lagi, operasi kaunter urus niaga pejabat JPN akan dibuka setiap hari bekerja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.

– BERNAMA


Pengarang :