Orang ramai berdiri di kawasan ditetapkan untuk memastikan jarak sosial di dalam lif sebuah pusat beli-belah di Surabaya pada 19 Mac 2020, di tengah kebimbangan mengenai wabak Covid-19. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Kes Covid-19 di Indonesia kini 23,851, jumlah mati 1,473

JAKARTA, 27 MEI: Kes positif Covid-19 di Indonesia kini berjumlah 23,851 dengan 55 kes kematian lagi dicatatkan berlaku dalam tempoh 24 jam.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 686 tambahan kes positif baharu, manakala jumlah keseluruhan kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 1,473 orang.

“Ketika ini juga seramai 12,667 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan jumlah keseluruhan kematian tertinggi setakat ini iaitu 509 kes, diikuti Jawa Timur (320 kes) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

– BERNAMA


Pengarang :