Petugas kesihatan mengambil sampel penduduk setempat pada pengesanan aktif kontak rapat kepada kes positif Covid-19 Dewan Serbaguna Datuk Dr Wan Junaidi, Sarawak pada 9 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

KKM kesan kluster baharu pekerja asing di Setia Alam

SHAH ALAM, 9 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu Covid-19 membabitkan pekerja warga asing di tapak pembinaan Setia Alam pada 6 Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes dikesan melalui notifikasi dari sebuah hospital swasta selepas saringan dibuat ke atas pekerja yang akan kembali bertugas.

“Kita mendapati tiga kes disahkan positif Covid-19 daripada lima pekerja yang disaring. Mereka merupakan warga Bangladesh yang berkongsi tempat kediaman sama dengan 18 yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata setakat 12 tengah hari tadi, KKM turut menyaring 28 individu yang mempunyai kontak rapat dengan ketiga-tiga kes berkenaan.

“Daripada jumlah tersebut, 12 kes didapati positif dengan kesemuanya warganegara Bangladesh manakala sembilan negatif dan tujuh lagi masih menunggu keputusan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata punca jangkitan kluster masih disiasat.


Pengarang :