Rombongan MBSA diketuai Datuk Bandar, Dato’ Haris Kasim menziarah salah seorang daripada empat pesaranya pada 22 Mei 2020. Foto ihsan MBSA
PBTSELANGOR

MBSA santuni empat pesara, erat hubungan

SHAH ALAM, 23 MEI: Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim mengetuai rombongan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyantuni empat pesaranya menjelang Aidilfitri menerusi program Ziarah Pesara di sini semalam.

MBSA menerusi kenyataan memaklumkan tujuan ziarah adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan menghargai sumbangan bekas kakitangannya sepanjang bertugas dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut.

Empat bekas kakitangan diziarah ialah dua kakitangan jabatan kejuruteraan iaitu Brahim Muhammad dan Ramby Wahid, bekas kakitangan jabatan khidmat pengurusan, Zainudin Yoon dan bekas kakitangan jabatan landskap, Abdul Rashid Kamal.

Keempat-empat bekas kakitangan MBSA itu turut menerima sumbangan wang tunai RM300 seorang selain barangan harian bernilai RM100.


Pengarang :