Sebuah premis di Taman Seri Jaya, Rawang diserbu Span kerana membuang sisa soya ke dalam sistem pembentungan sehingga berlaku gangguan pada sistem rawatan kumbahan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK). Foto Facebook Span
AGENSISELANGOR

Premis buang sisa soya dalam sistem pembentungan diserbu

SHAH ALAM, 2 MEI: Sebuah premis di Taman Seri Jaya, Rawang dikesan melepaskan sisa soya ke dalam sistem pembentungan awam sehingga menyebabkan gangguan pada sistem rawatan kumbahan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK).

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) berkata, ekoran itu pihaknya melakukan pemantauan beberapa hari selepas menerima aduan daripada IWK sebelum menyerbu premis itu semalam.

“Pemantauan penguat kuasa Span bersama Span Wilayah Tengah mendapati masalah berpunca sistem pembentungan dari premis memproses makanan berasaskan kacang soya.

“Premis didapati beroperasi waktu malam dan pemiliknya menutup pintu bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Span berkata tindakan tegas dikenakan terhadap pemilik premis dan kes disiasat mengikut Seksyen 61(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Jika sabit kesalahan pemilik boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.


Pengarang :