Dato’ Seri Amirudin Shari mempengerusikan mesyuarat telesidang bersama EXCO dan Ahli Dewan Negeri di Bilik Gerakan Negeri, SUK Shah Alam pada 4 Mei 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Selangor teliti garis panduan tambahan pasar, elak pelanggan bersesak

SHAH ALAM, 4 MEI: Selangor akan meneliti garis panduan tambahan bagi pasar dan pasar raya di negeri ini untuk mengelakkan orang ramai bersesak mendapatkan barangan keperluan harian.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata langkah itu susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan bermula hari ini.

“Kita tidak mahu pasar dan pasar raya menjadi tempat berhimpun dan perkumpulan yang ramai. Justeru, penelitian lebih terperinci akan dibincangkan dengan Bilik Gerakan Covid-19 Selangor bagi membolehkan garis panduan tambahan ini dilaksanakan,” katanya.

Beliau ditemui SelangorKini selepas mengadakan telesidang di bangunan SUK di sini hari ini.

Sementara itu, Amirudin berkata telesidang yang dihadiri EXCO dan Ahli Dewan Negeri bertujuan menjelaskan maklumat terkini berhubung PKPB di Selangor.


Pengarang :