Petugas Kementerian Kesihatan melakukan pemeriksaan bagi memastikan setiap penghuni menjalani saringan Covid-19 di kawasan kawalan secara pentadbiran di sekitar Pudu ketika tinjauan pada 15 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Tiga kluster catat kes baharu

SHAH ALAM, 1 JUN: Terdapat tiga kluster yang merekodkan pertambahan kes baharu positif Covid-19 hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata satu daripadanya adalah kluster Pangsapuri Cheras yang melaporkan tiga kes baharu menjadikan keseluruhan enam kes dengan kesemuanya rakyat Malaysia.

“Kluster syarikat pembersihan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) melaporkan dua kes baharu manakala satu kes di kluster Pudu,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata tiga kluster diisytiharkan tamat hari ini iaitu Madrasah Ayer Merbau, Kampung Baru dan Malayan Mansion.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster tamat sebanyak 30,” katanya.


Pengarang :