Petugas Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Langat mengambil sampel cecair mulut dan hidung penduduk setempat di Taman Langat Murni, Kuala Langat pada 4 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hanya satu kes baharu Covid-19 di Selangor hari ini

SHAH ALAM, 16 JUN: Selangor hanya merekodkan satu kes baharu Covid-19 hari ini, demikian mengikut data Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Pasukan tersebut memaklumkan ia menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini sebanyak 1,999.

“Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan gunakan SELangkah sebagai jaringan keselamatan anda jika terdapat jangkitan atau wabak Covid-19,” katanya menerusi Facebook.

Semalam Hulu Selangor mencatatkan sifar kes aktif sekali gus bersatus zon hijau pertama di negeri ini.

Selangor turut bebas dari zon merah Covid-19 setelah hampir 23 hari berada dalam zon tersebut sejak 22 Mei lalu.

Malaysia merekodkan 333 pesakit pulih daripada jangkitan Covid-19 hari ini, jumlah tertinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa pada 18 Mac lalu selain 11 kes baharu dan tiada kematian.


Pengarang :