Anggota polis memeriksa surat pelepasan bekerja seorang pemandu ketika bertugas sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Jalan Ampang pada 1 April 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kenderaan persendirian boleh bawa penumpang selain ahli keluarga

SHAH ALAM, 11 JUN: Kenderaan persendirian kini dibenarkan membawa penumpang bukan ahli keluarga atau daripada rumah yang sama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bilangan penumpang bergantung kepada kapasiti kenderaan masing-masing.

“Mesyuarat khas menteri kanan hari ini memutuskan untuk memberi kebenaran bagi kereta persendirian membawa penumpang bukan ahli keluarga atau dari rumah yang sama.

“Ini bermakna mereka juga boleh membawa rakan sekerja secara ‘car pool’,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Pada 27 Mei lalu, kerajaan membenarkan jumlah penumpang mengikut kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing dengan syarat mesti dalam kalangan ahli keluarga yang tinggal bersama.


Pengarang :