Petugas Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Langat mengambil sampel cecair mulut dan hidung penduduk setempat yang hadir membuat saringan Covid-19 di Taman Langat Murni, Kuala Langat pada 4 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

KP Kesihatan puji usaha cemerlang petugas hadapan tangani Covid-19

SHAH ALAM, 4 JUN: Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memuji tindakan cemerlang pejabat kesihatan daerah (PKD) dalam menangani jangkitan Covid-19 di negara ini.

Ketua pengarah kesihatan berkata penularan wabak dalam kalangan rakyat kini mencecah satu angka dan tiada peningkatan mendadak setakat ini.

“Walaupun jumlah kes hari ini terutama dalam kalangan bukan warganegara agak tinggi, namun ia susulan tindakan cemerlang oleh PKD di lapangan.

“Pendekatan sama digunakan bagi terus mengawal penularan dalam kalangan warganegara dan bukan warganegara,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sepanjang tempoh Perintah Kawalan Diperketatkan, anggota pasukan kesihatan perlu melakukan aktiviti pensampelan bagi mengesan kes berisiko.

Aktiviti tersebut, katanya mencabar kerana petugas perlu memakai alat kelengkapan diri (PPE) dalam tempoh panjang dan berdepan cuaca panas.

“Terima kasih diucapkan kepada semua petugas dari pelbagai agensi yang bekerjasama sebagai satu pasukan di lapangan dan di bilik gerakan bagi menangani wabak Covid-19,” katanya lagi.


Pengarang :