AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB zahir ucapan Selamat Hari Ibu Bapa

SHAH ALAM, 2 JUN: Dato’ Menteri Besar menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu Bapa Sedunia kepada tonggak keluarga dan masyarakat khasnya di Selangor.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata mereka memainkan peranan amat besar dalam pembangunan modal insan dan orang ramai harus menghargai golongan terbabit.

“Peranan ibu bapa sangat mencabar terutama pada zaman sekarang. Sudah pasti pengorbanan yang membentuk asas masyarakat tidak akan terbalas dengan wang ringgit.

“Oleh itu, ambil sedikit masa dan hargai kedua ibu bapa yang banyak berkorban untuk kesejahteraan kita. Terima kasih ibu bapa seluruh Malaysia,” katanya menerusi Facebook.


Pengarang :