Rodziah Ismail menyampaikan cek kepada penerima pada Program Penyerahan Bantuan Kewangan Khas (BKK) Aidilfitri kepada Setiausaha dan Ahli Biro-biro MPKK Kampung Tradisi Negeri Selangor di Pejabat Daerah Kuala Selangor pada 1 JUN 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Pengurusan komuniti perlu kurangkan politik kampung

PETALING, 1 JUN: Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diminta mengurangkan kerenah birokrasi dan politik ketika melaksanakan tangggungjawab, kata EXCO pembangunan luar bandar, desa dan kampung tradisi.

Rodziah Ismail berkata pihak terbabit perlu berperanan secara profesional dengan membantu masyarakat secara adil tanpa membezakan latar belakang seseorang itu.

“Saya minta kurangkan politik peringkat kampung, jangan bezakan peranan kita terutama ketika ramai masyarakat di sekeliling terjejas pendapatan akibat penularan Covid-19.

“Kalau nak beri bantuan jangan pilih-pilih orang, beri secara adil,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan bantuan khas kewangan RM300 kepada setiausaha dan AJK Biro MPKK daerah Petaling.

Seramai 228 penerima dari 19 kampung tradisi menerima manfaat tersebut melibatkan peruntukan RM68,400.

Pada 15 Mei lalu Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan bantuan khas kewangan RM300 sekali bayar kepada setiausaha dan AJK Biro MPPK di 371 kampung tradisi membabitkan implikasi kewangan RM1.335 juta.


Pengarang :