Kaki pancing kembali meneruskan minat mereka di Kolam Memancing Seksyen 24, Shah Alam pada 10 Jun 2020 setelah ia dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Selangor catat dua kes baharu, keseluruhan 2,062

SHAH ALAM, 6 JULAI: Selangor mencatatkan dua kes baharu Covid-19 hari ini dengan masing-masing satu jangkitan dari luar negara dan penularan tempatan.

Jabatan Kesihatan Negeri memaklumkan jumlah itu sama seperti semalam daripada keseluruhan lima kes di Malaysia hari ini.

“Satu kes positif direkodkan di Gombak membabitkan warga tempatan iaitu saringan kontak rapat yang merupakan ahli keluarga kepada kes ke-8,649 manakala bagi kes jangkitan luar negara membabitkan pengembara dari New Zealand,” katanya dalam kenyataan.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kes kumulatif di Selangor 2,062 dan 151 kes jangkitan dari luar negara sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Secara keseluruhan daerah Hulu Langat kekal mencatatkan kes kumulatif tertinggi dengan 631 kes diikuti Petaling (437), Gombak (260), Klang (190), Sepang (153), Hulu Selangor (77), Kuala Selangor (69), Kuala Langat (64) dan Sabak Bernam (30).


Pengarang :