EXCO Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Kaunseling usahawan bantu mereka hadapi masalah kerja, niaga

SHAH ALAM, 6 JULAI: Kerajaan Negeri akan memperkenalkan kaunseling usahawan secara dalam talian bagi membantu orang ramai khususnya wanita hilang pekerjaan atau menghadapi masalah dalam perniagaan.

EXCO pembangunan usahawan berkata ia dijangka bermula bulan ini dan memberi kelebihan berbanding komunikasi satu hala sebelum ini yang menyediakan bantuan tanpa mengambil kira masalah golongan berkaitan.

“Menerusi kaunseling usahawan ini kita akan dengar, bimbing dan bantu mengikut kemampuan.

“Khidmat ini turut menyediakan pakar kaunseling berpengalaman. Harapan saya supaya lebih ramai memanfaatkan perkhidmatan ini,” kata Rodziah Ismail kepada SelangorKini.

Rodziah berkata usaha itu bertujuan memperkasakan masyarakat yang memerlukan bantuan terutama dari segi sokongan emosi (bagi mereka hilang pekerjaan) atau modal peningkatan perniagaan.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan individu hilang punca pendapatan untuk merujuk bantuan disediakan Kerajaan Negeri atau mana-mana agensi berkaitan terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.


Pengarang :